Tuesday, 8 May 2012
SISTEM BARTER
“Aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa menggunakan wang”
Kelemahan sistem barter:
1. Kesulitan membahagi barang.2. Barang tidak tahan lama.
3. Kesukaran membawa barang
4. Sukar menetapkan nilai pertukaran
5. Masalah kehendak serentak.
KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN
kelebihan
• Kemahiran pekerja meningkat.
• Dapat meningkatkan produktiviti.
• Kos dapat dikurangkan
• Keluaran dapat dijual pada harga yang lebih rendah.
kekurangan
• Pekerja mudah bosan dan jemu.
• Pekerja menjadi tidak kreatif
• Operasi pengeluaran mudah terganggu bila mana-mana unit pengeluaran tidak berfungsi.
• Mudah berlaku pengangguran di kalangan pekerja.
JENIS-JENIS PENGKHUSUSAN
Mengikut Profesion.
Contoh : doktor, nelayan, jurutera, peguam, guru dsb.
Mengikut Proses.
Berlaku dalam kilang. Setiap pekerja ditugaskan bekerja di bahagian-bahagian tertentu. Misalnya kerja-kerja berkaitan membungkus.
Mengikut Kawasan.
Berdasarkan kemudahan sumber setempat dan kemahiran penduduksetempta. Misalnya perikanan di kawasan tepi pantai, kawasan pertanian,
Antarabangsa.
Berdasarkan iklim, budaya, bentuk mka bumi dan sumber asli.
PENGKHUSUSAN
Maksud pengkhususan
“ Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang”
“ Pengkhususan menjadikan pekerja produktif dan jumlah pengluaran dapat dihasilkan secara besar-besaran”
PERANAN USAHAWAN
• Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
• Mewujudkan peluang pekerjaan.
• Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Mempelabagaikan kegiatan ekonomi syarikat dan negara.
• Menggerakkan pertumbuhan ekonmi negara.
• Menggalakkan pertukaran asing (meningkatkan eksport negara)
PERBEZAAN PENIAGA DAN USAHAWAN
PENIAGA
- Berniaga untuk diri sendiri sahaja.
- Matlamat untuk mencari keuntungan sendiri .
- Memenuhi keperluan pelanggan tempatan .
- Saiz perniagaan adalah kecil.
USAHAWAN
- Menunaikan tanggungjawab sosial dan mencari peluang untuk memperkembangan perniagaannya.
- Keuntungan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk disumbangkan kepada masyarakat.
- Mencipta, meneroka potensi perniagaan baru serta membuat sesuatu yang berinovasi dan terkini.
- Mempunyai saiz perniagaan yang berskala besar.
USAHAWAN DAN PENIAGA
Sifat-sifat Usahawan :
- Kreatif
- Inovatif
- Berani menghadapi risiko
- Kebolehan mengurus
FAKTOR PENGELUARAN
• BURUH
– Sumbangan tenaga manusia sama ada tenaga fizikal atau mental. Buruh menerima bayaran upah/gaji.
• TANAH
– Merangkumi darat, udara dan laut serta sumber-sumber yang terkandung di dalamnya.
• MODAL
– Merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli aset seperti bangunan/premis atau modal kerja.
• USAHAWAN
– Golongan yang mampu menggabungkan seluruh faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan
JENIS PENGELUARAN
•Pengeluaran Langsung - Manusia memenuhi kehendak dan keperluan mereka dengan menghasilkan sendiri barang tersebut . Pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti pengkhususan.
•Pengeluaran tak langsung – Kegiatan pengeluaran yang melibatkan bantuan orang lain. Melibatkan pengkhususan dan keluaran dapat ditingkatkan dan dapat dijual.
PENGELUARAN
MAKSUD
“Aktiviti memproses bahan mentah bagi menghasilkan barang separuh siap atau barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan mestilah mempunyai nilai faedah .
Semakin kerap dan sukar perubahan yang berlaku terhadap sesuatu barang maka semakin tinggilah nilai faedah dan semakin mahal harga barang tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)