Tuesday 8 May 2012

~tugasan koswer~

~semangatttttttt~

SISTEM BARTER

“Aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa menggunakan wang” 

Kelemahan sistem barter:
1.      Kesulitan membahagi barang.
2.      Barang tidak tahan lama.
3.      Kesukaran membawa barang
4.    Sukar menetapkan nilai pertukaran
5.    Masalah kehendak serentak.

KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN

kelebihan
       Kemahiran pekerja meningkat.
       Dapat meningkatkan produktiviti.
       Kos  dapat  dikurangkan 
       Keluaran dapat dijual  pada harga yang lebih rendah. 

kekurangan
       Pekerja mudah bosan dan jemu.
       Pekerja menjadi tidak kreatif
       Operasi pengeluaran mudah terganggu bila mana-mana unit pengeluaran tidak berfungsi.
       Mudah berlaku pengangguran di kalangan pekerja.

JENIS-JENIS PENGKHUSUSAN

Mengikut Profesion.
Contoh : doktor, nelayan, jurutera, peguam, guru dsb.

 Mengikut Proses.
 Berlaku dalam kilang. Setiap pekerja ditugaskan  bekerja di bahagian-bahagian tertentu. Misalnya kerja-kerja berkaitan membungkus.

Mengikut Kawasan.
Berdasarkan kemudahan sumber setempat dan kemahiran penduduksetempta. Misalnya  perikanan di kawasan tepi pantai, kawasan pertanian,

Antarabangsa.
Berdasarkan iklim, budaya, bentuk mka bumi dan sumber asli.

PENGKHUSUSAN

Maksud pengkhususan

“ Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang”
“ Pengkhususan menjadikan pekerja produktif dan jumlah pengluaran dapat dihasilkan secara besar-besaran”

PERANAN USAHAWAN

       Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
       Mewujudkan peluang pekerjaan.
       Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
       Mempelabagaikan kegiatan ekonomi syarikat dan negara.
       Menggerakkan pertumbuhan ekonmi negara.
       Menggalakkan pertukaran asing (meningkatkan eksport negara)

PERBEZAAN PENIAGA DAN USAHAWAN

PENIAGA
  •     Berniaga untuk diri sendiri sahaja.
  •     Matlamat untuk  mencari keuntungan sendiri .
  •     Memenuhi keperluan pelanggan tempatan .
  •     Saiz perniagaan adalah kecil.

USAHAWAN

  •  Menunaikan tanggungjawab sosial dan mencari peluang untuk memperkembangan perniagaannya.
  •  Keuntungan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk disumbangkan kepada masyarakat.
  • Mencipta, meneroka potensi perniagaan baru serta membuat sesuatu yang berinovasi dan terkini.
  • Mempunyai  saiz perniagaan yang berskala besar.


USAHAWAN DAN PENIAGA

Sifat-sifat Usahawan :

-          Kreatif
-          Inovatif
-          Berani menghadapi risiko
-          Kebolehan mengurus

FAKTOR PENGELUARAN

       BURUH
      Sumbangan tenaga manusia sama ada tenaga fizikal atau mental. Buruh menerima bayaran upah/gaji.

       TANAH
      Merangkumi  darat, udara dan laut serta  sumber-sumber yang terkandung  di dalamnya.

       MODAL
      Merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli  aset seperti bangunan/premis atau modal kerja.

       USAHAWAN
      Golongan yang mampu menggabungkan seluruh faktor pengeluaran untuk  menghasilkan  barangan atau perkhidmatan

JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran Langsung - Manusia memenuhi kehendak dan keperluan mereka dengan menghasilkan sendiri barang  tersebut . Pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti pengkhususan.
Pengeluaran tak langsung Kegiatan pengeluaran yang melibatkan bantuan orang lain. Melibatkan pengkhususan dan keluaran dapat ditingkatkan dan dapat dijual.

PENGELUARAN


MAKSUD

“Aktiviti memproses bahan mentah bagi menghasilkan barang separuh siap atau barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan mestilah mempunyai nilai faedah .
Semakin kerap dan  sukar perubahan yang berlaku terhadap sesuatu barang maka semakin tinggilah nilai faedah dan semakin mahal harga barang tersebut.